Saturday, August 29, 2015

Tandas Sekolah Pulau Rusa ke Pertandingan 3K

Alhamdulillah, sekolah kami layak untuk ke pertandingan 3K peringkat daerah. Syabas dan tahniah kepada guru yang memainkan peranan utama, Pn Rosnani Talib serta serta AJK tandas yang lain.
Jom kita tinjau-tinjau :)











bilik persalinan




Alhamdulillah, Allah permudahkan setiap urusan kami.


Suasana Sekitar SKPR Sempena Bulan Kemerdekaan

Assalamualaikum semua, terima kasih kerana mengunjungi blog sekolah kami.
Di pagi ini kami ingin kongsikan suasana sekitar SKPR sempena bulan kemerdekaan. Pihak sekolah telah menganjurkan beberapa aktiviti sempena kemerdekaan antaranya ialah KELAS PATRIOTIK, NANYIAN LAGU PATRIOTIK ANTARA KELAS dan PERTANDINGAN MEWARNA.

Jom kita tinjau-tinjau dulu


Anjung PSV pun ada Jalur Gemilang

PK Ko turut turun padang pasang jalur gemilang

Pandangan hadapan bangunan utama
pondok Nilam

semangat GB kita

kelas-kelas sudah dihias dengan Jalur Gemilang




Kelas 4 Bestari, tahniah kepada guru kelas






setiap sudut kelas adaJalur Gemilang, syabas!

Tahniah kepada semua yang terlibat, begitu bersemangat guru-guru sambut Bulan Kemerdekaan. SELAMAT MENYAMBUT HARI MERDEKA YANG KE 58 


Monday, August 24, 2015

Program Mewarna dan Pecah Tabung Bersama Bank Rakyat

Alhamdulillah ramai murid SKPR menyertai program yang telah dijalankan ini bertempat di SK Chabang Tiga pada 15 Ogos, Sabtu yang lalu.

Program ini adalah kerjasama Bank Rakyat. Program ini bermula seawal pukul 8 pagi dan tamat pada 12.30 tengahari. Jom kita layan gambar-gambar sepanjang aktiviti ini berjalan.




tengok tu, betapa kusyuknya mewarna. hehe





tabung dah dipecahkan, proses mengira duit bermula

proses mengira duit syiling guna mesin

salah seorang murid SKPR, tabung paling besar



Alhamdulillah program berjalan dengan jayanya. :) tahniah kepada semua murid SKPR yang menyertai program ini dan terima kasih kepada semua guru dan ibu-bapa yang memberikan sokongan moral kepada murid-murid kita.

Pelancaran Bulan Kemerdekaan SKPR

Bulan Ogos bulan kemerdekaan, jangan dilupa ye. SKPR telah melancarkan bulan kemerdekaan semasa perhimpunan mingguan iaitu pada 16 Ogos 2015. Antara program yang akan diadakan ialah :
1. Pertandingan kelas Patriotik
2. Pertandingan mewarna
3. Pertandingan nyanyian Lagu Patriotik







SELAMAT HARI MERDEKA YANG KE 58 TAHUN. M.E.R.D.E.K.A

Sambutan Hari Raya Peringkat SK Pulau Rusa

Alhamdulillah,syukur ke hadrat Ilahi kerana Majlis Sambutan Hari Raya telah berjalan dengan jayanya pada 25 Julai 2015, Sabtu bertempat di SKPR. Hari tersebut dikira hari persekolah sebagai menggantikan cuti yang telah diambil pada 15/7/2015, Rabu.

Penolong PDD Bahagian Pengurusan Murid, En Ahmad Yusri bin Yusof merasmikan penubuhan Kumpulan Sokongan Ibu Bapa (KSIB)oleh kumpulan Alumni SK Pulau Rusa.
Pengerusi Alumni, En Mahadi, Setiausaha En Fuad dan Bendahari En Jo.



Majlis bermula lebih kurang pukul 8.30 pagi dan dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ishak.

Pelancaran Alumni SKPR

En Mahadi, Pengerusi Alumni SKPR
En Fuad, Setiausaha Alumni SKPR

En Jo, Bendahari Alumni SKPR
Tn Hj Salleh , Pegawai Pembangunan Dun Wakaf Mempelam antara dif jemputan SKPR







barisan guru
sambil makan sambil berhibur, persembahan dari murid Tahap 1

persembahan dari murid 4Amanah