Sunday, March 6, 2016

Mesyuarat Agung PIBG SKPR kali ke 31

Syukur ke hadrat Ilahi, sekolah kami telah selesai melaksanakan satu lagi program terpenting iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke 31. Alhamdulillah. Ianya telah berlangsung pada hari Sabtu 5 Mac 2016.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mohd Zubir bin Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Terima kasih diucapkan kepada YB kerana sudi hadir ke sekolah kami.

Pendaftaran ibu bapa dan guru dibuka seawal 8.30 pagi

YDP kita sedang mendaftar kehadiran tuu

Ketibaan YB Dato' Zubir disambut meriah

YB Dato' Zubir sedang berucap


Alhamdulillah, dapat banyak sumbangan hamper untuk cabutan bertuah
Antara penerima anugerah, bekas pelajar SKPR yang mendapat 5A dalam UPSR 2015
YB Dato' Zubir melancarkan tabung PIBG
YB Dato' menggalakkan kita semua menderma dan Alhamdulillah kutipan terkumpul pada hari tersebut ialah RM800. Wang tabung ini bakal digunakan untuk tujuan kecemerlangan akademik pelajar SKPR.

Plug ini sebagai tanda penghargaan kami kepada pihak Desa Murni yang telah banyak menyumbang dana dan bakti kepada murid SKPR. Terima kasih Desa Murni. Jasamu dikenang.
Sebelum mesyuarat bermula, kami dihiburkan dengan persembahan Nasyid Qasidah oleh murid SKPR. Syabas diucapkan kepada kumpulan ini dan 4 orang guru pelatih yang bertungkus lumus berlatih. Persembahan HEBAT!!
Ucapan penangguhan oleh Juru audit dalaman, En Ismail

GB tengah fikir apa tu? Pastinya idea2 yang bernas sedang menerpa . hehe

Setiausaha PIBG kita, Teacher Suhaila

mesyuarat PIBG sedang berlangsung

ramai yang bertuah hari ni.

antara cikgu-cikgu yang bertuah hari ini. Alhamdulillah rezeki.
Alhamdulillah majlis ini bersurai lebih kurang jam 12 tengahari. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis penting ini. Kita bersua di lain hari.

Saturday, March 5, 2016

Kejohanan Sukan Tahunan SKPR Meriah walaupun hanya sukan mini

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana sekolah kami telah selesai satu lagi program penting iaitu sukan tahunan. Walaupun tahun ini hanyalah sukan mini tetapi ia tetap meriah. Ianya diadakan pada 2 dan 3 Mac 2016 ( Selasa dan Rabu). Ianya berlangsung seawal pukul 8.30 sehingga 12.30 tengahari selama dua hari tersebut.

Hari pertama dimulakan dengan acara seperti di bawah :
  • sukaneka untuk tahun 1, 2 dan 3
  • larian 100m untuk tahun 4, 5 dan 6 
  • acara saringan tarik tali ( L & P)
Hari kedua pula,
  • lontar peluru
  • lompat jauh
  • sukaneka tahun 1, 2 dan 3
  • larian 200m tahun 4, 5 dan 6 ( L & P)
  • larian 4 x 200m terbuka
  • larian 4 x 100m terbuka
  • larian 4 x 50m untuk tahun 3
  • acraa akhir tarik tali ( L & P) 







Olahragawan sekolah, Afiq Ajwad. TAHNIAH!






Olahragawati sekolah, Cik Wan Hawa. Tahniah!

kuning-kuning padi, kuning pasti menjadi

Kuning JUARA!!

 Majlis bersurai lebih kurang jam 12.45 tengahari. Esok Khamis, kami CUTI.

Bantuan Awal Persekolahan RM100

Alhamdulillah selesai sudah tanggung jawab kami menyerahkan wang bantuan awal persekolahan RM100 seorang kepada murid yang layak. Seperti yang kita ketahui syarat kelayakan ialah pendapatan isi rumah tidak lebih daripada RM3000 sebulan. Majlis ini telah berlangsung dengan jayanya pada 25 Februari 2016.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Salleh bin Othman, Pegawai Pembangunan Dun Wakaf Mempelam.


Tuan Hj Salleh b Othman, Pegawai Pembangunan Dun Wakaf Mempelam.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Haris




Antara penerima Bantuan Awal Persekolahan

Juruacara tetap dan berpencen kita, Cikgu Ruzilawati
seusai majlis, turn cikgu2 pula menjamu selera. Alhamdulillah rezeki dapat makan tengahari FREE.hehe


Alhamdulillah, terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung terutama guru-guru yang diberi tugas menyaring murid-murid yang layak, bukan suatu tugas yang mudah.