Thursday, June 30, 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & AMBANG SYAWAL PERINGKAT SEKOLAH


25 Ramadan, 1437Hijrah..

Syukur Alhamdullilah, kerana kita masih lagi berkesempatan untuk sama-sama menunaikan ibadah puasa yang semakin hampir ke penghujung bulan Ramadan dan bakal meraikannya hampir seminggu lagi.

Semalam, 24 Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Ambang Syawal sejajar dengan seruan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) bagi menjayakan program #MalaysiaNgaji secara serentak seluruh Negeri Terengganu selama 1 jam bermula pada 12.00 tengahari sehingga 1.00 petang melibatkan seramai 222 orang murid dan 30 orang guru dan staf.