Tuesday, October 24, 2017

JPAM datang SErusa!!

Pada 22 Oktober 2017, pihak sekolah telah menjemput JPAM datang memberikan taklimat tentang cara menjaga keselamatan diri apabila berhadapan dengan haiwan berbisa ular. Taklimat selama sejam itu benyak memberi ilmu baru kepada kami semua. 3 orang pegawai JPAM datang dengan membawa 2 ekor ular iaitu ular sawa dan senduk. Terima kasih diucapkan kepada pihak JPAM kerana sudi memberikan taklimat ringkas pada hari tersebut.





Monday, October 23, 2017

Pelancaran Bulan Sains peringkat sekolah


Bulan Oktober ialah bulan Panitia Sains dan semalam 22 Oktober telah dilancarkan. Antara aktiviti yang bakal dijalankan pada bulan ini ialah beberapa eksperimen yang dipersembahkan terus kepada murid. Semasa eksperimen dijalankan murid-murid berpeluang untuk mengambil bahagian dan dengan ini dapat melihat sendiri hasil setiap eksperimen. Setiap eksperimen, guru akan menerangkan tujuan dan hasil.





Hari Sukan Negara di Serusa

Hari Sukan Negara telah berlangsung serentak seluruh negarap pada 14 Oktober 2017. Di Serusa juga tidak terkecuali. Kami telah menjalankan aktiviti zumba yang dipimpin oleh PKP, Pn Norazura bt Tahir. Program bermula seawal 8 pagidan bersurai pada jam 11 pagi.

Haa tu diaaa semangat instuctor kita :)







Program Pasca UPSR Serusa

Selepas UPSR beberapa aktiviti/program telah dirancang untuk murid tahun 6. Alhamdulillah program berjalan dengan lancar dan mendapat kerjasama yang baik di kalangan semua murid.

KECERIAAN BANGKU DI KAWASAN SEKOLAH 

Program mengecat dijalankan pada 9,11 dan 14 Oktober 2017.
bangku sebelum dicat















Tadaaa. dah siap

KURSUS PENGURUSAN JENAZAH

Program ini dijalankan pada 23 Oktober 2017.







KECERIAAN DI SUDUT PPDA