Monday, August 8, 2016

Majlis Temu Murni UPSR kali ke 4

Hampir 27 hari lagi Peperiksaan UPSR bakal menjelma dan pihak sekolah telah merancang satu majlis buat ibu bapa calon UPSR 2016 pada hari ini.. jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir menyempurnakan majlis kami.. Majlis ini bertujuan untuk memberi sokongan dan galakan yang terakhir kepada calon UPSR agar meneruskan perjuangan hingga ke hari peperiksaan berlangsung..


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ishak
Pengacara majlis selaku guru matematik tahun 6
sepatah dua kata daripada Pn. Norazura
Murid lelaki tahun 6
Murid perempuan tahun 6 bersama guru-guru tahun 6
Barisan guru-guru tahun 6
didalam majlis ini juga diadakan perhargaan bagi murid cemerlang dan berpotensi.. TAHNIAH !



Wednesday, August 3, 2016

PETROSAINS DINOTREK2

Hari ini murid-murid SKPR dikunjungi wakil Petrosains untuk mempromosikan pameran Dinotrek2 yang bertempat di Pusat Sains & Kreativiti Negeri Terengganu. Murid-murid nampak begitu teruja dengan aktiviti yang disediakan. Antara aktiviti yang dijalankan pada hari ini ialah Visit To School iaitu aktiviti hands-on dan pertunjukan sains. 


Petrosains Dinotrek2 ini merupakan satu pendekatan sains yang boleh dijadikan sebagai persiapan dan sokongan kepada guru bagi meningkatkan sistem penyampaian dalam pembelajaran dengan memberikan memberi penekanan kepada konsep kemahiran asas berfikir aras tinggi (KBAT) yang berupaya melahirkan generasi yang mempunyai pemikiran kritikal dan kreatif. 




 

"Singgah Sayang" - Bahagian 2

Selasa, 02 Ogos 2016

Lawatan singgah sayang oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik PPDKT, En. Azman Bin Othman sebagai tanda kecaknaan dan sokongan dengan memberikan suntikan motivasi dan kata-kata perangsang agar semua calon UPSR terus berusaha untuk mendapatkan kejayaan. InsyaAllah..







Lawatan Kajian Pemantauan LINUS 2.0




"Singgah Sayang"

Selasa, 28 Julai 2016


Lawatan singgah sayang oleh Penyelia ICT PPDKT,  En. Muhamad Pisol Bin Ahmad sebagai tanda kecaknaan dan sokongan dengan memberikan suntikan motivasi dan kata-kata perangsang agar semua calon UPSR terus berusaha untuk mendapatkan kejayaan. InsyaAllah..







Gotong-royong Membersihkan Kawasan Surau Sekolah

Dua minggu yang lalu, Panitia Agama Islam telah mengadakan gotong-royong bersama murid-murid membersihkan surau sekolah.



 






Manakala 2 orang guru pelatih pula bertungkus-lumus menyiapkan tugasan terakhir mereka untuk menghias dan mencantikkan bilik Bimbingan dan Kaunseling.

hasil kreatif guru praktikum


Carta Organisasi UBK
Hasil kerja keras guru praktikum...
Terima kasih cg Irwan dan cg Fadhil