Sunday, February 19, 2017

KEJOHANAN SUKAN TAHUNAN SKPR KALI KE 21 2017

Asslammualaikum..

Pada 14 dan 15 Feb 2017 telah berlangsungnya sukaneka SKPR 2017 dan telah dihadiri oleh ibubapa serta komuniti setempat. Alhamdullilah, sukaneka tahun ni di sambut meriah dan telah diadakan pada pukul 8.30 pagi di padang belia SKPR. Perasmian penutup majlis sukaneka oleh Tn Hj salleh Bin Othman (Peg.Penyelaras Dun Wakaf Mempelam). Antara acara/aktiviti yg dilakukan ialah lontar peluru Tahap 2 (L/P), 100M Tahap 2 (L/P), 4x100M Tahap 2 dan 1 (L/P), 4x200M Tahap 1&2 (L/P) dan lain-lain acara untuk murid prasekolah dan tahap 1. Bagi sukaneka komuniti ada 5 acara yang melibatkan guru dan ibubapa iaitu makan buah epal, masuk benang dalam jarum, kerusi muzik, tarik tali dan siyek kertas A4. Jom layan gambar-gambar yang sempat diambil.