Wednesday, July 29, 2015

SKPR Dilawati oleh Timbalan PPDKT

Alhamdulillah... SKPR dilawati oleh Timbalan PPDKT, En Jelani bin Sulong pada tengari Selasa, 28 Julai 2015. Hari tersebut ialah hari Peperiksaan Percubaan UPSR bagi seluruh negeri Terengganu.

Beliau sempat memberi taklimat pendek kepada semua guru di bilik mesyuarat. Beliau mengingatkan kepada guru-guru tentang persediaan 40 hari sebelum UPSR. Tempoh 40 hari ini perlu diisi dengan pengisian yang bermanfaat.


Beliau juga sempat bertemu muka dengan calon-calon UPSR SKPR seramai 38 orang dan memberikan sedikit peringatan dan nasihat.

En Jelani sempat meninjau calon2 yang sedang menjawab Peperiksaan Percubaan UPSR





TERIMA KASIH kerana sudi melawat kami.

SKPR Menerima Kedatangan 4 Orang Guru Pelatih

Alhamdulillah, SKPR menerima kedatangan 4 orang guru pelatih dari IPGKDRI pada Ahad, 26 Julai 2015. Tempoh praktikum mereka ialah selama 3 bulan.

Dari kanan : Ust Abdullah', Ust Safuan, PK 1 Tn Hj Haron, Cik Najibah dan Cik Nur Hajar
Mereka ialah Cik Nur Hajar dan Najibah ( opsyen Bahasa Inggeris ) serta Ustaz Abdullah dan Ustaz Safuan ( opsyen Pendidikan Islam )

SELAMAT DATANG kami ucapkan. Semoga kalian mendapat satu pengalaman yang berharga di sini. Good Luck!

Monday, July 20, 2015

SELAMAT HARI RAYA dari kami warga SKPR


Alhamdulillah, kita telah pun meraikan hari kemenangan kita setelah berpuasa selama sebulan. Pada 25 Julai ini pihah SKPR menjemput para ibu bapa hadir ke majlis Sambutan Hari Raya bertempat di SKPR. Jemput datang ye.

Jom layan gambar-gambar raya kami guru-guru SKPR :)

Keluarga GB, Pn Husni

Keluarga besar GB, Pn Husni

keluarga GB, Pn Husni
Keluarga Cikgu Asilati


Keluarga Cikgu Zaleha

Keluarga Teacher Nor Haizan

Keluarga Cikgu Faridah


Keluarga Cikgu Ruzilawati
Keluarga Teacher Nor Suhaila

Keluarga Teacher Salwani

Keluarga Cikgu Abdullah, PK KO

Keluarga Cikgu Maimunah
Keluarga Ustazah Zaimah, PK HEM
Keluarga Cikgu Rohani Arifin

Keluarga Ustazah Rosnida


SALAM AIDILFITRI DARI KAMI...

Majlis Khatam Al-Quran iaitu penutup Program Ihya' Ramadhan

Alhamdulillah selesai sudah program yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam. Sekolah kami telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada 14 Julai, hari Selasa iaitu sebelum cuti raya bermula. Majlis ini sebagai khatam 30 juzuk Al Quran dari program tadarus yang telah bermula sejak awal Ramadhan. Seramai 61 murid telah menyertai program tadarus ini. Selain penyampaian cenderahati kepada peserta program ini, majlis ini juga meraikan anak-anak yatim dan miskin selain sumbangan duit raya kepada semua murid. Jom kita layam gambar2 sepanjang majlis ini.


acara menyiapkan pulut kuning dan bunga telur

Majlis bermula dengan ceramah ringkas dari Ustaz Haris. Beliau menerangkan tentang apa itu khatam al-Quran dan bagaimana perjalanan majlis.



cenderahati sumbangan Desa Murni. Terima kasih

61 bunga telur untuk peserta
Duit raya untuk peserta khatam al Quran RM50 seorang, sumbangan dari salah seorang bapa murid. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki beliau.





Ustaz Ishak memimpin khatam Al-Quran

Penyampaian cenderahati kepada peserta khatam al-Quran

Peserta Khatam al-Quran bersama cenderahati yang diperolehi
Yeayyy..kami dapat duit raya jugak

TAHNIAH!!! kepada murid yang berjaya mendapat 4A dan 5A dalam pra UPSR




Friday, July 3, 2015

Majlis Temu Murni Tahun 6 SKPR

Majlis ini dengan jayanya telah berlangsung pada 22 Jun 2015 ( Ahad). Semua murid tahun 6, guru tahun 6 serta ibu bapa hadir berkumpul di dewan sekolah. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. Timbalan Pengarah JPNT, En Matsor bin Ismail hadir merasmikan majlis tersebut.
Objektif majlis ini ialah menanam keyakinan diri dan kemampuan murid boleh berjaya.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis penting ini.










Lawatan GB dan Bebarapa Orang Guru ke Rumah Murid Miskin ( 16 Jun dan 21 Jun 2015 )

Guru Besar ditemani oleh PAR sekolah, Mariati dan beberapa orang guru ke rumah beberapa murid SKPR yang hidupnya serba kekurangan dan perlu dibantu. Terima kasih GB. Semoga mendaat keberkatan dan dimurahkan rezeki kita semua untuk terus membantu pada yang memerlukan.

rempit sikit..hehe


GB bersama PAR sekolah, Mariati naik motor je masuk kampung untuk ke rumah murid

GB menyampaikan sumbangan beiau untuk ibu murid, Alhamdulillah











simpati...Seorang ayah murid hilang kudrat untuk bekerja selepas ditimpa satu kemalangan
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga ini. Ameen.