Monday, May 23, 2016

KEM KOLABORATIF ANJURAN JAWATANKUASA UPSR SKPR DENGAN KERJASAMA DUN WAKAF MEMPELAM

Kem kolaboratif ini merupakan satu kem yang melibatkan 7 buah sekolah yang berada dalam DUN Wakaf Mempelam antaranya ialah SK Pulau Rusa, SK Wakaf mempelam, SK Durian Burung, SK Bukit Losong, SK Rengas Bekah , SK Paloh dan SK Padang Hiliran.

Tarikh : 07 MEI 2016
Tempat : Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu

Kem ini diadakan bertujuan untuk menghasilkan peningkatan keputusan peperiksaan dalam semua subjek pada peperiksaan pertengahan tahun. Semua subjek UPSR akan diajar semasa program ini dijalankan.


Calon-calon UPSR 2016 gabungan 7 buah sekolah
Justeru itu, kem ini digerakkan bagi memperkukuhkan teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan UPSR serta latih tubi yang berkesan bagi meningkatkan prestasi UPSR serta melestarikan sekolah agar mencapai keputusan yang lebih tinggi.

Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Salleh bin Othman dan semua kakitangan DUN Wakaf Mempelam yang bertungkus-lumus untuk kem ini..


PERKHEMAHAN PENGAKAP 5 - 7 MEI 2016

Bertempat di Kem Pengakap Telaga Batin, Seberang Takir seramai 9 orang murid lelaki telah mewakili perkhemahan pengakap bagi daerah Kuala Terengganu. 


Wednesday, May 18, 2016

Sambutan Hari Guru 2016 Bertemakan " BACK TO SCHOOL "

      Tanggal 16 Mei, seluruh Malaysia menyambut hari Guru sebagai hari menghargai jasa-jasa guru yang telah banyak berkorban masa dan tenaga dalam mendidik anak bangsa, bersesuaian dengan tema hari guru pada tahun ini " Guru Pembina Negara Bangsa "

   Pada kali ini, sambutan hari guru di peringkat sekolah bertemakan BACK TO SCHOOL, woowww.. guru-guru SKPR nampaknya kembali ke zaman remaja apabila mengenakan pakaian sekolah. Semuanya gembira dan ceria menyambut hari guru. Terima kasih Tuan Hj Salleh bin Othman ( Pegawai Pembangunan DUN Wakaf Mempelam ) kerana sudi meluangkan masa dan  memeriahkan suasana. Jom lihat gambar-gambar sekitar sambutan hari guru pada kali ini.

Tuesday, May 17, 2016

KEM RUSA MELONJAK

     Kem Rusa Melonjak anjuran Jawatankuasa Kecemerlangan UPSR telah diadakan selama 2 hari 1 malam di Batu Buruk Beach Resort, Kuala Terengganu. Kem ini melibatkan semua calon UPSR 2016 seramai 29 orang bertujuan untuk memberikan sedikit penekanan terhadap teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan dengan betul. Pihak sekolah turut menjemput guru-guru yang berpengalaman dan hebat dari sekolah lain untuk dijadikan sebagai fasilitator bagi kem ini.                



Wajah-wajah calon UPSR yang cemerlang

Wednesday, May 11, 2016

MAJLIS PENGHARGAAN MESRA WARGA SKPR

Pada 03 Mei yang lepas, Kelab Kebajikan Guru dan Kakitangan SKPR telah mengadakan majlis bagi meraikan warga SKPR yang telah bertukar. Majlis ini bertemakan warna merah yang melambangkan semangat kasih sayang dan kerjasama yang sentiasa membara dihati para warga SKPR. Kami disini merakamkan ribuan ucapan terima kasih kepada Cikgu Abdullah serta Cikgu Rosnani diatas segala jasa dan budi yang dicurahkan selama berada di SKPR. Selain meraikan jasa guru yang bertukar, kami juga tidak lupa untuk meraikan hari lahir guru dan kakitangan yang lahir pada April hingga Julai. Alhamdullilah, majlis berjalan lancar. 



Tuesday, May 10, 2016

Mobile Book Cafe (MBC) Ke SK Pulau Rusa

Hari ini 9 Mei 2016, Pihak sekolah kami telah menjemput Mobile Book Cafe dari Kajang Selangor datang ke sini bertemu warga SK Pulau Rusa. Program ini adalah anjuran Pusat Sumber Sekolah ( PSS ) yang diurus sepenuhnya oleh Cikgu Maimunah. Tahniah diucapkan. Program selama 2 jam itu banyak memberi manfaat kepada kami. Antara ilmu yang bernilai kami dapat ialah teknik mewarna dengan cantik. Saudara Uneh iaitu salah seorang staf MBC yang banyak berkongsi ilmu dengan kami. Raja pensil warna ini merupakan pelukis kebanyakan buku yang dijual oleh MBC. Mereka datang dengan mini bas yang  merupakan pusat jualan buku bergerak. Program ini menjadi lebih meriah dengan kemunculan maskot 'Mr Mouse' yang menjadi kesukaan murid.

Jom kita saksikan antara momen yang sempat kami rakamkan.

Mobile Book Cafe tiba di SKPR seawal 7.15 pagi