Tuesday, July 26, 2016

PROGRAM MOTIVASI UNTUK CALON UPSR

Program MENYEMARAKKAN JIWA & SEMANGAT CALON UPSR telah diadakan pada 25 Julai 2016 di Makmal Komputer SKPR. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan semangat untuk belajar kepada murid-murid sebelum menghadapi hari peperiksaan yang sebenar. Penceramah yang berkaliber didatangkan khas dari SK Sultan Sulaiman 1 iaitu En. Mohammad bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai "Ayah We". Rata-rata kelihatan adik-adik menghayati apa yang diperkatakan oleh Ayah We... sehingga ada yang menangis-nangis... Semoga dengan program ini.. dapat memberikan manfaat kepada adik-adik kita.. 
GOOD LUCK :) 6A PASTI BOLEH...












Majlis Pelancaran LINUS 2.0 T-CARE


LINUS merupakan singkatan kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Saringan). Secara keseluruhannya bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pada tahun 2013 program LINUS dikenali sebagai LINUS 2.0 kerana melibatkan saringan literasi untuk Bahasa Inggeris, berbanding sebelum ini  saringan hanya untuk literasi Bahasa Melayu dan Numerasi untuk Matematik. KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.

Pada Hari Percubaan UPSR

Baru-baru ini telah berlangsung satu Peperiksaan Percubaan UPSR bagi calon-calon UPSR. Alhamdullilah.. 19 daripada 29 orang calon telah LULUS semua matapelajaran. Teruskan perjuangan dalam masa sebulan lagi ye adik-adik.... SKPR BOLEH !!! jom kita lihat gambar-gambar sekitar peperiksaan berlangsung :)




Monday, July 18, 2016

GB Pn Husni Yusof : Sehari Perjalanan ke IJN dari Kuala Terengganu

Satu Perjalanan yang agak sukar disebabkan pergerakan yang terhad tetapi terpaksa dihadapi juga. Alhamdulillah GB selamat pergi ke IJN untuk mendapatkan rawatan susulan dan kembali ke Terengganu.

 Tanggal 13 Julai 2017, berangkat ke IJN di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.


di Airport Sultan Mahmud 13 Julai 2017

Friday, July 15, 2016

Solat Hajat untuk Peperiksaan Percubaan UPSR

Alhamdulillah selesai sudah program yang dirancang pada malam ini setelah berpenat lelah disiang hari kerana sambutan hari raya.. Walaupun guru-guru kelihatan letih, mereka masih lagi berusaha dan menguatkan diri untuk meneruskan program pada malam ini.. Program solat hajat bagi calon-calon UPSR 2016 diadakan di surau SKPR dengan kehadiran 29 orang murid serta guru dan ibu bapa. Majlis dimulakan dengan Solat Hajat, doa, bacaan yassin dan berselawat serta zikir. Alhamdulillah semoga majlis ini mendapat keberkatanNya. Semoga SKPR juga terus melangkah menuju kejayaan yang diingini..  Kepada semua calon UPSR, didoakan agar adik-adik diterangkan hati dan minda serta dilapangkan dada untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan yang bakal ditempuh dengan tenang.. Aminn...




Thursday, July 14, 2016

Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah

Majlis sambutan raya Aidilfitri peringkat sekolah telah diadakan pada pagi hari ini.. Kehadiran tetamu VIP serta ibu bapa dan komuniti kampung memeriahkan suasana majlis.. Majlis diserikan lagi dengan himpunan lagu-lagu raya, pakaian yang dipakai murid-murid, guru dan tetamu juga dilihat cantik-cantik belaka.. Para jemputan kelihatan berpuashati dengan hidangan yang disediakan.


Kehadiran Tuan Haji Salleh turut memeriahkan suasana 






Antara hidangan yang dihidangkan ialah nasi minyak, nasi dagang, laksa Terengganu, laksa Peneng, bubur ayam, rojak buah, kuih-kuih hasil air tangan guru-guru yang gorgeous.. dan pelbagai aneka hidangan yang lain.. semua best-best :P  tak lupa juga hidangan wajib hari raya seperti sate, lemang, ketupat serta rendang dan juga tapai pulut.. yummm yummmm kenyang tak terkata :) jom tengok gambar-gambar tadi..

Wednesday, July 13, 2016

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H dari kami warga SKPR



Salam Aidilfitri 1437H..

Alhamdulillah, kita telah pun meraikan hari kemenangan kita setelah berpuasa selama sebulan. Pada 14 Julai ini warga SKPR menjemput para ibu bapa dan komuniti kampung untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah bertempat di perkarangan SK Pulau Rusa. Jemput datang ye semua...

Jom layan gambar-gambar raya kami warga SKPR :)

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1437H dari kami warga SKPR



Salam Aidilfitri 1437H..

Alhamdulillah, kita telah pun meraikan hari kemenangan kita setelah berpuasa selama sebulan. Pada 14 Julai ini warga SKPR menjemput para ibu bapa dan komuniti kampung untuk sama-sama hadir memeriahkan majlis Sambutan Hari Raya peringkat sekolah bertempat di perkarangan SK Pulau Rusa. Jemput datang ye semua...

Jom layan gambar-gambar raya kami warga SKPR :)

Saturday, July 9, 2016

Sederhana Tetapi Tetap Meriah : Sambutan Hari Raya GB kami, Pn Husni Yusof

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan lagi kita untuk menyambut kemuncak ibadat puasa iaitu Hari Raya Aidilfitri. Ingin saya upload kan di sini kenangan-kenangan terindah GB Pn Husni menyambut hari lebaran bersama keluarga tersayang di Homestay Assalam, Tok Jiring. Walaupun bukan di rumah sendiri, sambutannya sederhana tetapi tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai yang tak putus-putus datang menziarah.

Pertama sekali syabas diucapkan kepada GB dengan semangat yang kental tetap datang merebut peluang menunaikan solat sunat Idul Fitri di Masjid Wakaf Tembesu. Terima kasih Tuhan katanya.

Mesej dari GB, Pn Husni ;

"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua insan yang mengenali diri ini.Sokongan kalian yang memberikan semangat kepada saya untuk melangkah tangga masjid walaupun dalam keuzuran. Terima kasih semua, terima kasih ya Tuhan ".

Alhamdulillah. Besarnya nikmat yang Allah beri :)


Alhamdulillah, diberi kesempatan mendengar khutbah Hari Raya.

Sempat bertemu dengan sahabat handar di masjid

OK..dah cantik di pagi raya :)

Menjamu selera bersama anak-anak dan suami

suami penyayang yang merupakan tulang belakang GB

Kunjungan sepupu GB di pagi raya

Cikgu Nora dan suami datang ziarah di pagi raya

sedondon satu family

anak- anak GB yang sentiasa ceria


Salam lebaran semua. Sama-sama kita doakan agar Gb  Pn Husni cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan rawatan beliau. Ameen.

Friday, July 1, 2016

DIARI KEHIDUPAN GURU BESAR KAMI.. SEMOGA CEPAT SEMBUH

Assalamualaikum wbt..

Dalam kegembiraan menyambut bulan Ramadan yang berkunjung tiba baru-baru ni.. kami warga SKPR dikejutkan dengan satu berita iaitu Guru Besar kami, Pn. Husni bt Yusof telah menghidap penyakit mildstroke atau lebih dikenal sebagai angin ahmar ringan. Namun begitu, disebabkan tindakan pantas suami serta anak-anak membawa beliau ke hospital, doktor mengesahkan beliau mempunyai peluang yang cerah untuk kembali pulih dan berjalan seperti sediakala.
  

Kini beliau masih lagi dalam rawatan Fisioterapi, beliau juga telah banyak mencuba dan mengamalkan perubatan tradisional dan juga moden untuk memulihkan kembali kesihatannya. Semangat juga beliau semakin membara untuk kembali sihat dengan kehadiran keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan taulan beliau.