Wednesday, November 23, 2016

Majlis Akhir Tahun 2016 SK Pulau Rusa

Salam Semua...


Alhamdulillah, 15 November 2016 (Selasa), Pada Pukul 2.00 ptg telah berlangsungnya Majlis  Akhir Tahun 2016 SK Pulau Rusa bertempat di HOTEL GRAND CONTINENTAL dengan di hadiri Guru dan Staf SKPR. Majlis di Rai' kan dengan sangat meriah. Inisiatif majlis ini ingin mengeratkan silaturrahim dan menguatkan perpaduan antara satu sama lain. In Shaa Allah, Tahun depan kita bersua kembali.















Gotong-Royong SKPR

Assalammualaikum...

Hari ini, 23 November 2016.. Pelajar SKPR melakukan aktiviti membersihkan kelas dan mengangkat barang untuk persiapan dalam menghadapi banjir. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada pelajar.






Majlis Makan Malam JASAMU DIKENANG WARGA PENDIDIK BERSAMA KOMUNITI DUN WAKAF MEMPELAM

Pada 22 November 2016, Pada pukul 8.00 malam...Alhamdulillah kami di raikan untuk majlis makan malam JASAMU DI KENANG WARGA PENDIDIK BERSAMA KOMUNITI DUN WAKAF MEMPELAM di Terengganu Equestrian Resort(TER), Kuala Terengganu. Kesemua Warga Pendidik dan AKP telah menghadiri majlis berkenaan.






Hari Anugerah Kecemerlangan SKPR 2016

Alhamdulillah semalam 21 November 2016 telah selesai majlis ini dengan jayanya.
Majlis bermula seawal 8.30 pagi dengan pendaftaran ibu bapa. Dif jemputan yang kami jemput ialah Tn Hj Salleh, Pegawai Pembangunan Dun Wakaf Mempelam untuk merasmikan majlis ini.
Pada tahun ini banyak anugerah telah diputuskan untuk diberikan kepada murid SKPR. Selain anugerah,  majlis diserikan dengan 4 persembahan dari murid-murid termasuklah pra sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua guru, kakitangan sekolah serta pentadir yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Syukur..syukur.
Jom kita layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program ini berjalan.

meja pendaftaran






Guru besar, Pn Husni sedang berucap

YDP PIBG memberi ucapan ringkas di majlis
penerima anugerah Nilam, paling banyak membaca buku pada tahun ini iaitu 700 biji buku. Tahniah diucapkan.

Persembahan nyanyian dari  murid pra sekolah


Anugerah murid cemerlang Ko Kurikulum (L)

Anugerah murid cemerlang sahsiah

Anugerah murid cemerlang Ko Kurikulum (P)

Tokoh murid cemerlang Akademik (P)



geng baju merah bersongket...sebahagian guru SKPR

Dif jemputan menjamu selera di akhir majlis
Alhamdulillah..sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program ini. Program ini adalah kemuncak program untuk penghujung sesi persekolahan 2016.

 VIDEO KAMI

Sunday, November 13, 2016

JAMUAN AKHIR TAHUN PELAJAR TAHUN 6 (2016)

Salam..

Jamuan Akhir Tahun bagi pelajar tahun 6 (2016) diadakan pada 10 November 2016 bertempat di TTI dan meraikan 29 orang pelajar dgn di hadiri oleh 11 0rang Guru.