Saturday, October 24, 2015

Perkhemahan Unit Beruniform SKPR


 Alhamdulillah selesai sudah salah satu program sekolah yang dirancang. Walaupun terpaksa ubah agenda program di saat akhir akibat fenomena Jerebu yang melanda, syukur majlis berjalan dengan jayanya.

Perkhemahan kami telah bermula pada hari Khamis (22/10/2015) jam 2 petang dan berakhir keesokan harinya Jumaat jam 10 pagi. Walaupun jangka masa singkat, inilah kenangan untuk penghujung tahun sesi persekolahan :)

dah daftar, peserta berkumpul di dewan sekolah

Ketua Komander, Cikgu Saiful sedang memberi taklimat
Khemah didirikan di belakang sekolah.
Walaupun peserta tidak tidur di khemah, khemah wajib pasang jugak kan. Takde khemah tak dinamakan perkhemahan :). Dari sini perserta dapat cari pengalaman memasang khemah.


ramai tenaga kerja, Alhamdulillah

ayam dah ready untuk diperap..acara barbique



wah..nyum..nyum sedap nampak



sabar ye cikgu Azam berdepan dengan bahang panas

makan..makan di malam hari

persembahan malam kebudayaan mengikut unit
Peserta dibawa solat subuh berjemaah di Masjid Pulau Rusa



du Pagi Jumaat sebelum sarapan pagi

Acara penutup Perkhemahan SKPR 2015

Terima kasih kepada bekas guru pelatih Ustaz Abdullah sudi sumbang bakti kepada sekolah kami
Alhamdulillah..program bersurai pada pukul 10 pagi. Salam Jumaat yang barakah.

Pertandingan Kawad Kaki SKPR..13 Oktober 2015

Alhamdulillah selesai sudah Pertandingan Kawad Kaki dari 4 badan unit beruniform di sekolah ini : TKRS, Pengakap, PBSM dan Puteri Islam. Keputusan pertandingan ialah ;

Tempat Pertama : Pengakap
Tempat Kedua   : TKRS
Tempat ketiga    : PBSM

Tahniah semua.



TKRS in action




TKRS meraih tempat ke2, tahniah


PBSM in action

Juara Kawad Kaki


Tempat ketiga




Tahniah sekali lagi kepada para pemenang. Tahun hadapan kita bertanding lagi.

Hari Sukan Negara SKPR

Seperti dimaklumkan Hari Sukan Negara dijalankan serentak seluruh negara pada 10 Oktober yang lalu. Hari ini juga dikira sebagai hari sekolah yang diganti.

Hari ini, kami warga SKPR sihat dan cergas. hehe Jom senam robik. Acara senamrobik dipimpin oleh 5 orang guru pelatih. Terima kasih atas jasa anda :)

kita warm-up dulu yer kasi regang urat2



3 langkah ke hadapan, stop. 3 langkah ke belakang, stop




tengok tu, semangat cikgu-cikgu
Haa, dah layan gambar2 ni. kita layan video pulak ye.


Tahniah semua dan terima kasih kerana hadir untuk SIHAT hari ini :) Lain kita senam lagi ye

Majlis Persaraan PK1, Tn Hj Haron bin Ahmad


 Pada 17 September 2015 yang lalu, tamatlah perkhidmatan Tn Hj Haron, PK 1 kami yang disayangi, pada hari itu juga genap ulangtahunnya yang ke 60 tahun.

Majlis secara sederhana ini berjalan dengan lancar sekali dan berakhir dengan majlis jamuan makan di rumah beliau sendiri di Bukit Payung.

Jom kita layan gambar2 sepanjang majlis ini berlangsung.

Flower girl dah ready..
Majlis bermula lebih kurang jam 9 pagi dan dimulakan dengan perarakan orang yang diraikan iaitu PK 1 kami, Tn Hj Haron bin Ahmad.







Ucapan dari wakil murid, Alif Nasrullah

Ucapan dari dif jemputan, En Yusri dari PPD


uacapan dari YDP PIBG, Shikh Badruddin

ucapan salam perpisahan dari Tn Hj Haron

acara puncak, memotong kek

Selamat bersara Tn Hj Haron dan Selamat Hari Lahir ke 60 :)

cikgu2 yang sentiasa ceria

tenaga kerja di belakang tabir 

sebahagian warga SKPR..kenang-kenagan
Selesai sahaja majis di sekolah, rombongan kami ke rumah Tn Hj Haron untuk jamuan makan tengahari. Tq Tn Haji, santapan sangat sedap, banyak menu dari negeri Johor yang tak pernah kami rasa. :)Terima kasih kerana mengundang kami.

Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar seperti yang dirancang. Di lain hari jumpa lagi ye Tn Haji. SELAMAT BERSARA.