Wednesday, July 29, 2015

SKPR Dilawati oleh Timbalan PPDKT

Alhamdulillah... SKPR dilawati oleh Timbalan PPDKT, En Jelani bin Sulong pada tengari Selasa, 28 Julai 2015. Hari tersebut ialah hari Peperiksaan Percubaan UPSR bagi seluruh negeri Terengganu.

Beliau sempat memberi taklimat pendek kepada semua guru di bilik mesyuarat. Beliau mengingatkan kepada guru-guru tentang persediaan 40 hari sebelum UPSR. Tempoh 40 hari ini perlu diisi dengan pengisian yang bermanfaat.


Beliau juga sempat bertemu muka dengan calon-calon UPSR SKPR seramai 38 orang dan memberikan sedikit peringatan dan nasihat.

En Jelani sempat meninjau calon2 yang sedang menjawab Peperiksaan Percubaan UPSR





TERIMA KASIH kerana sudi melawat kami.

No comments:

Post a Comment