Pada 5 November 2015, Khamis yang lalu, SKPR telah menjalankan satu program sempena bulan Muharram iaitu memasak bubur Assyura. Alhamdulillah semuanya selesai. Sebanyak 3 periuk besar menjadi santapan kami seluruh warga SKPR.
|
comel tak? maksud saya bubur tu..hehe. Jangan marah ye ustazah Hasnah ada ceri,telur. nampak pun dah sedap |
|
Beberapa orang wakil PIBG juga turut serta menggembleng tenaga. terima kasih. |
Alhamdulillah, kami bergabung tenaga memasak bubur assyura..
|
dah siap letak aksesori..nyumm..nyumm |
Pada masa yang sama, pihak sekolah telah menganjurkan satu program yang berlangsung di dewan sekolah untuk semua murid tahap 2 ( tahun 4, 5 dan 6) iaitu ceramah kesihatan.
Sekarang tibalah masa untuk mengagihkan bubur assyura kepada semua murid. Dapat sebekas sorang. Alhamdulillah rezeki kita semua.
|
Cewahhh..posing jangan tak posing. GBdan PKP kami. |
Alhamdulillah, ramai kata bubur assyura ni sodappp.. tahun depan kita buat lagi grand OK. Itu kata GB kami. hehe
Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program yang julung-julung kalinya dilaksanakan di sekolah ini. Tahniah.