Tuesday, November 10, 2015

Program Memasak Bubur Assyura SKPR

Pada 5 November 2015, Khamis yang lalu, SKPR telah menjalankan satu program sempena bulan Muharram iaitu memasak bubur Assyura. Alhamdulillah semuanya selesai. Sebanyak 3 periuk besar menjadi santapan kami seluruh warga SKPR.














comel tak? maksud saya bubur tu..hehe. Jangan marah ye ustazah Hasnah ada ceri,telur. nampak pun dah sedap

Beberapa orang wakil PIBG juga turut serta menggembleng tenaga. terima kasih.



 Alhamdulillah, kami bergabung tenaga memasak bubur assyura..


dah siap letak aksesori..nyumm..nyumm


Pada masa yang sama, pihak sekolah telah menganjurkan satu program yang berlangsung di dewan sekolah untuk semua murid tahap 2 ( tahun 4, 5 dan 6) iaitu ceramah kesihatan.









Sekarang tibalah masa untuk mengagihkan bubur assyura kepada semua murid. Dapat sebekas sorang. Alhamdulillah rezeki kita semua.





Cewahhh..posing jangan tak posing. GBdan PKP kami.
Alhamdulillah, ramai kata bubur assyura ni sodappp.. tahun depan kita buat lagi grand OK. Itu kata GB kami. hehe

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program yang julung-julung kalinya dilaksanakan di sekolah ini. Tahniah.

1 comment: