Sunday, January 31, 2016

Gotong Royong Banteras Aedes Peringkat Komuniti Pulau Rusa

Alhamdulillah semalam hari Sabtu 30 Januari 2016, program gotong royong peringkat komuniti yang melibatkan guru, PIBG dam komuniti setempat telah berjalan dengan jayanya. Program ini bermula seawal 8.30 pagi yang melibatkan lebih kurang 100 orang. Semoga dengan berjalannya program ini kita semua dilindungi dari wabak penyakit Denggi yang sedang merebak di negeri ini.
Semua peralatan gotong royong seperti plastik sampah dan sarung tangan disediakan. Minumandan makanan juga disediakan untuk yang terlibat. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak ianya dapat mengeratkan hubungan guru-guru dan komuniti Pulau Rusa. Jom kita tinjau scene yang sempat dirakamkan sepanjang program ini berjalan.

pakai glove dulu




okey, kami dah ready



barisan guru




jentolak pun terlibat sama







eratkan silaturrahim
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menggembleng tenaga membersihkan sekitar kampung Pulau Rusa. Semojga mendapat keberkatan dariNya.

No comments:

Post a Comment