Sunday, March 6, 2016

Mesyuarat Agung PIBG SKPR kali ke 31

Syukur ke hadrat Ilahi, sekolah kami telah selesai melaksanakan satu lagi program terpenting iaitu Mesyuarat Agung PIBG kali ke 31. Alhamdulillah. Ianya telah berlangsung pada hari Sabtu 5 Mac 2016.

Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dato' Hj Mohd Zubir bin Embong, Yang Dipertua Dewan Undangan Negeri Terengganu.

Terima kasih diucapkan kepada YB kerana sudi hadir ke sekolah kami.

Pendaftaran ibu bapa dan guru dibuka seawal 8.30 pagi

YDP kita sedang mendaftar kehadiran tuu

Ketibaan YB Dato' Zubir disambut meriah

YB Dato' Zubir sedang berucap


Alhamdulillah, dapat banyak sumbangan hamper untuk cabutan bertuah
Antara penerima anugerah, bekas pelajar SKPR yang mendapat 5A dalam UPSR 2015
YB Dato' Zubir melancarkan tabung PIBG
YB Dato' menggalakkan kita semua menderma dan Alhamdulillah kutipan terkumpul pada hari tersebut ialah RM800. Wang tabung ini bakal digunakan untuk tujuan kecemerlangan akademik pelajar SKPR.

Plug ini sebagai tanda penghargaan kami kepada pihak Desa Murni yang telah banyak menyumbang dana dan bakti kepada murid SKPR. Terima kasih Desa Murni. Jasamu dikenang.
Sebelum mesyuarat bermula, kami dihiburkan dengan persembahan Nasyid Qasidah oleh murid SKPR. Syabas diucapkan kepada kumpulan ini dan 4 orang guru pelatih yang bertungkus lumus berlatih. Persembahan HEBAT!!
Ucapan penangguhan oleh Juru audit dalaman, En Ismail

GB tengah fikir apa tu? Pastinya idea2 yang bernas sedang menerpa . hehe

Setiausaha PIBG kita, Teacher Suhaila

mesyuarat PIBG sedang berlangsung

ramai yang bertuah hari ni.

antara cikgu-cikgu yang bertuah hari ini. Alhamdulillah rezeki.
Alhamdulillah majlis ini bersurai lebih kurang jam 12 tengahari. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan majlis penting ini. Kita bersua di lain hari.

No comments:

Post a Comment