Friday, July 15, 2016

Solat Hajat untuk Peperiksaan Percubaan UPSR

Alhamdulillah selesai sudah program yang dirancang pada malam ini setelah berpenat lelah disiang hari kerana sambutan hari raya.. Walaupun guru-guru kelihatan letih, mereka masih lagi berusaha dan menguatkan diri untuk meneruskan program pada malam ini.. Program solat hajat bagi calon-calon UPSR 2016 diadakan di surau SKPR dengan kehadiran 29 orang murid serta guru dan ibu bapa. Majlis dimulakan dengan Solat Hajat, doa, bacaan yassin dan berselawat serta zikir. Alhamdulillah semoga majlis ini mendapat keberkatanNya. Semoga SKPR juga terus melangkah menuju kejayaan yang diingini..  Kepada semua calon UPSR, didoakan agar adik-adik diterangkan hati dan minda serta dilapangkan dada untuk menjawab soalan-soalan peperiksaan yang bakal ditempuh dengan tenang.. Aminn...




2 comments:

  1. YA ALLAH... BERKATI USAHA,KAMI....UNTUK KESEKIAN KALINYA KAMI MEMOHON....TAK PUTUS KAMI BERHAJAT.....BERKATILAH YA ALLAH..
    MAAF...CIKGU BARU TIBA DR KL..LETIH TERAMAT PANJAT MALINDO AIR...SEHARI TRAVELING DR KL INTERNATION HOTEL...IJN...SUBANG...TAK DPT HADIR BERSAMA...RASANYA SEPARUH MATI PERJALANAN INI...
    MOGA TUHAN MERESTUI KITA....YA AZIZ. YA JABBAR YA MUTAKABIR..

    ReplyDelete
  2. kejayaan milik kita. ..Tuhan maha mendengar

    ReplyDelete