Wednesday, November 23, 2016

Hari Anugerah Kecemerlangan SKPR 2016

Alhamdulillah semalam 21 November 2016 telah selesai majlis ini dengan jayanya.
Majlis bermula seawal 8.30 pagi dengan pendaftaran ibu bapa. Dif jemputan yang kami jemput ialah Tn Hj Salleh, Pegawai Pembangunan Dun Wakaf Mempelam untuk merasmikan majlis ini.
Pada tahun ini banyak anugerah telah diputuskan untuk diberikan kepada murid SKPR. Selain anugerah,  majlis diserikan dengan 4 persembahan dari murid-murid termasuklah pra sekolah. Terima kasih diucapkan kepada semua guru, kakitangan sekolah serta pentadir yang telah bertungkus lumus menjayakan majlis ini. Syukur..syukur.
Jom kita layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang program ini berjalan.

meja pendaftaran






Guru besar, Pn Husni sedang berucap

YDP PIBG memberi ucapan ringkas di majlis
penerima anugerah Nilam, paling banyak membaca buku pada tahun ini iaitu 700 biji buku. Tahniah diucapkan.

Persembahan nyanyian dari  murid pra sekolah


Anugerah murid cemerlang Ko Kurikulum (L)

Anugerah murid cemerlang sahsiah

Anugerah murid cemerlang Ko Kurikulum (P)

Tokoh murid cemerlang Akademik (P)



geng baju merah bersongket...sebahagian guru SKPR

Dif jemputan menjamu selera di akhir majlis
Alhamdulillah..sekali lagi diucapkan jutaan terima kasih kepada pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung untuk menjayakan program ini. Program ini adalah kemuncak program untuk penghujung sesi persekolahan 2016.

 VIDEO KAMI

No comments:

Post a Comment