Monday, January 23, 2017

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SKPR 2017

Assalammualaikum..

Semalam 22.01.2017 (Ahad) SK Pulau Rusa telah mengadakan majlis watikah pelantikan pengawas iaitu pengawas Sekolah, pengawas Pusat Sumber dan pengawas SPBT 2017. Majlis telah diadakn pada pukul 8.00 Pagi dan di rasmikan oleh Pegawai Polis Perhubungan Sekolah. Sijil pelantikan telah diberi kepada semua pengawas 2017 dan di hadiri oleh Pn. Hjh Husni Binti Yusof (GB), Pn Norazura Binti Tahir (PKP), Pn Zaimah Binti Sulong (PKHEM), En Azuddin Bin Abu Bakar (PKKO) dan di meriahkan lagi dengan kehadiran semua guru-guru SKPR.



Bacaan Doa oleh ust Mohd Haris

ucapan perasmian oleh Peg.Polis Perhubungan Sekolah


MC Majlis

ucapan dr Guru Besar






















Tuesday, January 17, 2017

AKTIVITI 15.01.2017

Pada Ahad (15.01.2017) telah berlaku 2 agenda penting di Sekolah Kebangsaan Pulau Rusa, iaitu Lawatan En sahabuddin dan aktiviti di pagi perhimpunan. Guru Besar juga mengucapkan TAHNIAH kepada guru-guru kerana SEMUA RANCANGAN HARIAN SIAP HARI PERTAMA (FIRST BELL FIRST LESSON) dan KPI TERCAPAI (01.01.2017) TAHNIAH!!!! 





Lawatan En sahabuddin ke SKPR


Guru paling awal datang 01.01.2017 (Cg Asilati)




Panitia SAINS Johan, dalam pertandingan Bulan Panitia 2016..TAHNIAH



DSKP dan RPT yang paling cantik & kreatif (Cg B)



Guru paling awal hantar untuk di T/T GB DSKP2017 (Cg Mai PSS)



Murid paling awal sekali datang sekolah 01.01.2017 (Haziq)

Sunday, January 8, 2017

MESYUARAT KANTIN KALI PERTAMA 2017

Mesyuarat kantin kali pertama telah diadakan di kantin sekolah, pada 04.01.2017 (Rabu) jam 12.00tghari. Mesyuarat telah di hadiri oleh Pn Guru Besar, PK Hem, dan AJK terlibat. Banyak agenda yang telah dibincangkan. terima kasih atas kehadiran semua.









LAWATAN AWAL PERSEKOLAHAN 2017

Alhamdulillah, awal persekolahan berjalan lancar dan aman. SKPR dilawati  Pegawai Pelajaran Daerah KUALA TERENGGANU, pegawai dari JPN Terengganu dan pegawai perhubungan polis , mereka dari bidang dan jabatan berbeza tetapi telah banyak memberi input dan komen positif terhadap sekolah. Terima kasih atas kesudian meninjau sekolah kami.

                                     
             kita layan dulu gambar-gambar yang sempat di ambil.
















Lawatan dari peg.ppdkt, pspn, pkg SIC, peg jpnt dan peg perhubungan sekolah.

Saturday, January 7, 2017

Cerita Transisi lagi..Ujian untuk penyaringan kelas

Oh ya, sepanjang minggu transisi ini, kami guru-guru tahun 1 terutama guru BM dan Matematik membuat penilaian tehadap 39 orang murid untuk tujuan penyaringan kelas. Sekolah kami hanya ada 2 kelas sahaja iaitu 1 Amanah dan 1 Bestari. Ujian ini dijalankan secara lisan dan bertulis. Kebetulan pada hari ujian ini dijalankan, kami dilawati oleh pegawai PPD.





Alhamdulillah ujian berjalan dengan lancar. Semoga dipermudahkan urusan kami.

Minggu Transisi Dilawati oleh PPDKT

Fuhhh, sesi persekolahan sudah berjalan  1 minggu. Guru-gurulah antara orang yang paling sibuk ketika ini. Super busy terutama guru kelas tahun 1. Sepanjang minggu pertama ini berjalan, ramai pula pelawat yang datang melawat, lebih2 lagi sekolah kami antara sekolah yang selalu mengalami bencana banjir, jadi tak mustahil pegawai2 PPD datang melawat kan.

Salah satu yang ingin admin nak cerita di sini ialah lawatan daripada wakil PPD iaitu En Ramzu. Beliau datang meninjau tentang program Transisi yang sedang berlangsung. Admin selaku  Penyelaras Transisi kena soal jawab lah.hehe. Alhamdulillah daripada feedback yang diberikan, beliau amat berpuas hati dengan aktiviti sepanjang program Transisi yang kami jalankan. Inshaa Allah setiap kekurangan akan kami perbaiki untuk di masa akan datang.




Sesi perbincangan di antara Pegawai PPD, pihak pentadbir dan AJK Transisi


Minggu Transisi Tahun 1 SKPR sungguh menyeronokkan.

Program Transisi berlangsung selama 2 minggu iaitu dari 1 hingga 12 Januari 2017. Konsep transisi kami ialah main sambil belajar. Aktiviti yang dirancang dapat menguji motor skill murid-murid yang baru nak memulakan alam persekolahan. Semoga apa yang kami rancang  berjalan dengan lancar. Jom kita tinjau2 dulu sebahagian dari aktiviti yangdijalankan.

Makanan Berkhasiat

Sembang pagi bercerita tentang makanan berkhasiat. Guru bercerita tentang beberapa unsur nutrisi penting seperti protein, karbohidrat dan kalsium. Soal jawan antara guru dan murid membantu meningkatkan kefahaman murid-murid tentang pentingnya makan makanan berkhasiat. Guru perkenalkan salah satu menu sarapan pagi iaitu roti sandwich telur dan susu segar. 
     Selepas sesi penerangan ini, murid-murid diberi peluang menyediakan roti sandwich telur sendiri dan seterusnya makan serta minum susu segar. Alhamdulillah lebih dari separuh murid yang dapat menghabiskan menu sarapan pagi itu. Aktiviti ini dapat memupuk murid suka dengan makanan berkhasiat.


murid menyusun sendiri roti, salad, timun dan telur





  Bermain play dough
Objektif permainan ialah melatih jari jemari murid sebagai persediaan untuk menulis. Terdapat kajian menunjukkan permainan ini membantu menguatkan jari jemari murid semasa menulis dan melukis. Home made play dough ini dihasilkan oleh cikgu Asilati. Terima kasih di atas komitmen dan kerjasama cikgu,

Home made play dough daripada gandum









Permainan memancing ikan
Murid diperkenalkan dengan hobi memancing atau 'fishing'. Setelah guru bercerita tentang hobi ini, murid terlalu excited nak mencuba hobi ni. hehe. Ok lah lepas waktu rehat cikgu bagi peluang main. Seronok lah mereka. Murid dibahagikan ke dalam kumpulan kecil dan kumpulan yang dapat 'pancing ikan' yang paling banyak dikira pemenang. Reward gula-gula diberikan kepada mereka.

peralatan cikgu Salwani dah siapkan dalam cuti sekolah lagi. Alhamdulillah siap jugak.








Kotak Beracun

Permainan santai santai ini sangat digemari oleh murid-murid.  Mana taknya asyik gelak je diaorang disebabkan soalan dalam kertas cabutan tu agak melucukan seperti melakonkan watak guru, lompat katak, disuruh menyanyi. hehe. Murid yang spoting diberikan reward gula-gula.



Alhamdulillah. Ini antara aktiviti utama yang dijalankan sepanjang minggu pertama, Blog ini akan dikemaskini lagi pada  minggu hadapan bersama aktiviti yang lagi menarik yang bakal dijalankan. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye.