Saturday, January 7, 2017

Minggu Transisi Tahun 1 SKPR sungguh menyeronokkan.

Program Transisi berlangsung selama 2 minggu iaitu dari 1 hingga 12 Januari 2017. Konsep transisi kami ialah main sambil belajar. Aktiviti yang dirancang dapat menguji motor skill murid-murid yang baru nak memulakan alam persekolahan. Semoga apa yang kami rancang  berjalan dengan lancar. Jom kita tinjau2 dulu sebahagian dari aktiviti yangdijalankan.

Makanan Berkhasiat

Sembang pagi bercerita tentang makanan berkhasiat. Guru bercerita tentang beberapa unsur nutrisi penting seperti protein, karbohidrat dan kalsium. Soal jawan antara guru dan murid membantu meningkatkan kefahaman murid-murid tentang pentingnya makan makanan berkhasiat. Guru perkenalkan salah satu menu sarapan pagi iaitu roti sandwich telur dan susu segar. 
     Selepas sesi penerangan ini, murid-murid diberi peluang menyediakan roti sandwich telur sendiri dan seterusnya makan serta minum susu segar. Alhamdulillah lebih dari separuh murid yang dapat menghabiskan menu sarapan pagi itu. Aktiviti ini dapat memupuk murid suka dengan makanan berkhasiat.


murid menyusun sendiri roti, salad, timun dan telur





  Bermain play dough
Objektif permainan ialah melatih jari jemari murid sebagai persediaan untuk menulis. Terdapat kajian menunjukkan permainan ini membantu menguatkan jari jemari murid semasa menulis dan melukis. Home made play dough ini dihasilkan oleh cikgu Asilati. Terima kasih di atas komitmen dan kerjasama cikgu,

Home made play dough daripada gandum









Permainan memancing ikan
Murid diperkenalkan dengan hobi memancing atau 'fishing'. Setelah guru bercerita tentang hobi ini, murid terlalu excited nak mencuba hobi ni. hehe. Ok lah lepas waktu rehat cikgu bagi peluang main. Seronok lah mereka. Murid dibahagikan ke dalam kumpulan kecil dan kumpulan yang dapat 'pancing ikan' yang paling banyak dikira pemenang. Reward gula-gula diberikan kepada mereka.

peralatan cikgu Salwani dah siapkan dalam cuti sekolah lagi. Alhamdulillah siap jugak.








Kotak Beracun

Permainan santai santai ini sangat digemari oleh murid-murid.  Mana taknya asyik gelak je diaorang disebabkan soalan dalam kertas cabutan tu agak melucukan seperti melakonkan watak guru, lompat katak, disuruh menyanyi. hehe. Murid yang spoting diberikan reward gula-gula.



Alhamdulillah. Ini antara aktiviti utama yang dijalankan sepanjang minggu pertama, Blog ini akan dikemaskini lagi pada  minggu hadapan bersama aktiviti yang lagi menarik yang bakal dijalankan. Doakan semuanya berjalan dengan lancar ye.


1 comment:

  1. Tahniah cg Salwani...cg Asilati..cg Zuwaidah..dan cikgu lain terlibat secara langsong dan tidak langsong dalam program Transisi 2017..drgb

    ReplyDelete