Showing posts with label LINUS. Show all posts
Showing posts with label LINUS. Show all posts

Tuesday, July 26, 2016

Majlis Pelancaran LINUS 2.0 T-CARE


LINUS merupakan singkatan kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Saringan). Secara keseluruhannya bermaksud Program Saringan Literasi dan Numerasi. LINUS disasarkan kepada murid-murid yang mempunyai masalah dalam 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pada tahun 2013 program LINUS dikenali sebagai LINUS 2.0 kerana melibatkan saringan literasi untuk Bahasa Inggeris, berbanding sebelum ini  saringan hanya untuk literasi Bahasa Melayu dan Numerasi untuk Matematik. KPM telah menyasarkan bahawa semua murid yang tidak mempunyai masalah pembelajaran berkeupayaan menguasai asas literasi dan numerasi selepas tiga tahun mengikut pendidikan rendah menjelang 2012. Program ini mula dilaksanakan pada tahun 2010 melibatkan murid Tahun 1 di sekolah rendah.

Friday, July 3, 2015

Majlis Bersama Ibu Bapa Murid LINUS dan pegawai PPD

Panitia LINUS telah mengadakan majlis ringkas bersama ibu bapa murid LINUS Tahun 1 dan tiga orang Pegawai LINUS dari PPDKT pada 16 Jun 2015(Selasa) . Majlis ini julung-julung kalinya diadakan bersama pegawai LINUS. Kami menjemput pegawai LINUS ini bertujuan menerangkan kepada ibubapa agar lebih faham 'Apa itu LINUS'. Di sini juga ibu bapa berpeluang bertanyakan tentang anak-anak mereka cara bimbingan semasa di rumah. Kami guru-guru LINUS sempat juga berbincang tentang tindakan yang perlu diambil ke arah mencapai target 'Sifar LINUS'. Kerjasama antara guru dan ibu bapa amatlah penting demi mempertingkatkan prestasi murid LINUS ini.





murid bersama ibu bapa masing2


perbincangan pegawai PPD dengan seorang ibu murid LINUS
Alhamdulillah, terima kasih kepada Setiausaha LINUS, Cikgu Rohani Wan Khalid, Guru Besar, guru-guru LINUS yang terlibat dengan majlis ini serta kepada tiga orang pegawai yang sudi datang ke SKPR. Terima kasih.