Sunday, January 3, 2016

Hari Pertama Kami di SKPR


 Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba, 3 Januari 2016 merupakan hari pertama persekolahan sesi 2016 bagi negeri-negeri pantai timur.
Beberapa orang guru yang bertugas tiba awal di sekolah untuk menyambut kedatangan murid. Ini adalah di bawah program Guru Penyayang. Hari ini juga bermula program Transisi untuk murid Tahun 1 selama dua minggu iaitu sehingga 14 Januari 2016.
Jom kita tinjau-tinjau beberapa aktiviti yang berlangsung di hari pertama ini.







murid pertama makan RMT

guru bertugas RMT

Perhimpunan pertama sesi 2016 berjalan dengan lancar

murid ceria dengan semangat baru


SURPRISE..reward untuk murid paling awal datang ke sekolah

ucapan dari guru besar, Pn Husni
 Sejurus selepas perhimpunan mingguan, para ibu bapa murid tahun 1 diminta bergerak ke dewan untuk taklimat Program Transisi.



murid tahun 1 dan ibu bapa berkumpul di dewan untuk taklimat selama 30 minit
 
taklimat dari guru besar

penerangan tentang program Transisi oleh PKP, Cikgu Norazura

Dengan adanya taklimat ini, ibu bapa akan lebih faham tentang tujuan dan objektif program diadakan. Pihak penyelaras Transisi telah merancang pelbagai aktiviti yang pastinya menarik minat anak-anak dan mendatangkan manfaat kepada mereka.



waktu rehat murid tahun 1, guru-guru membantu melayan murid membeli makanan di kantin




melawat pejabat dan bilik guru besar



Melawat bilik guru
Itulah antara babak-babak menarik yang berlaku pada hari pertama persekolahan. In shaa Allah akan di update di lain hari tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program Transisi. In shaa Allah kami lakukan yang terbaik murid di sini.


3 comments:

  1. TAHNIAH..KEPADA CIKGU SALWANI DAN CG ASILATI SEBAGAI BLOGGER DI SK PULAU RUSA..
    KAMI ALU ALU KAM IDEA YG BERNAS DR WARGA SKPRUSA...DAN PARA IBUAYAH DAN KOMUNITI SETEMPAT PULAU RUSA HILIR DAN PULAU RUSA HULU

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH..KEPADA CIKGU SALWANI DAN CG ASILATI SEBAGAI BLOGGER DI SK PULAU RUSA..
    KAMI ALU ALU KAM IDEA YG BERNAS DR WARGA SKPRUSA...DAN PARA IBUAYAH DAN KOMUNITI SETEMPAT PULAU RUSA HILIR DAN PULAU RUSA HULU

    ReplyDelete
  3. terima kasih cikgu. diharap kami sentiasa mendapat sokongan untuk terus memeriahkan blog dan FB SKPR

    ReplyDelete