Sunday, January 10, 2016

Solat hajat Awal Tahun

Alhamdulillah selesai sudah program yang dirancang pada hari ini Ahad 10 Januari 2016 iaitu Solat Hajat beramai-ramai. Seperti tahun-tahun yang sudah SKPR mengadakan solat sunat Hajat sempena awal tahun. Kebiasaannya kami adakan di surau  sekolah tetapi tahun ini kami adakan sedikit perubahan iaitu solat secara beramai-ramai di dewan sekolah. Pihak sekolah mewajibkan murid tahap 2 menyertainya dan menggalakkan murid tahap 1 untuk turut serta.
Majlis dimulakan dengan Solat sunat Dhuha, Solat Hajat, doa, bacaan yassin dan berselawat serta zikir. Alhamdulillah semoga majlis ini mendapat keberkatanNya. Ameen.






No comments:

Post a Comment