Monday, May 23, 2016

KEM KOLABORATIF ANJURAN JAWATANKUASA UPSR SKPR DENGAN KERJASAMA DUN WAKAF MEMPELAM

Kem kolaboratif ini merupakan satu kem yang melibatkan 7 buah sekolah yang berada dalam DUN Wakaf Mempelam antaranya ialah SK Pulau Rusa, SK Wakaf mempelam, SK Durian Burung, SK Bukit Losong, SK Rengas Bekah , SK Paloh dan SK Padang Hiliran.

Tarikh : 07 MEI 2016
Tempat : Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu

Kem ini diadakan bertujuan untuk menghasilkan peningkatan keputusan peperiksaan dalam semua subjek pada peperiksaan pertengahan tahun. Semua subjek UPSR akan diajar semasa program ini dijalankan.


Calon-calon UPSR 2016 gabungan 7 buah sekolah
Justeru itu, kem ini digerakkan bagi memperkukuhkan teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan UPSR serta latih tubi yang berkesan bagi meningkatkan prestasi UPSR serta melestarikan sekolah agar mencapai keputusan yang lebih tinggi.

Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Salleh bin Othman dan semua kakitangan DUN Wakaf Mempelam yang bertungkus-lumus untuk kem ini..




Tuan Haji Shafruddin bin Haji Ali Hussin,
Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu ketika sesi motivasi bersama ibubapa


Para ibubapa yang hadir untuk sesi motivasi


Sesi teknik menjawab soalan bersama fasilitator hebat,
En. Taha Bin Sali & En. Mohamad Bin Ibrahim





No comments:

Post a Comment