Showing posts with label UPSR. Show all posts
Showing posts with label UPSR. Show all posts

Monday, August 8, 2016

Majlis Temu Murni UPSR kali ke 4

Hampir 27 hari lagi Peperiksaan UPSR bakal menjelma dan pihak sekolah telah merancang satu majlis buat ibu bapa calon UPSR 2016 pada hari ini.. jutaan terima kasih kepada semua ibu bapa yang hadir menyempurnakan majlis kami.. Majlis ini bertujuan untuk memberi sokongan dan galakan yang terakhir kepada calon UPSR agar meneruskan perjuangan hingga ke hari peperiksaan berlangsung..


Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ishak
Pengacara majlis selaku guru matematik tahun 6
sepatah dua kata daripada Pn. Norazura
Murid lelaki tahun 6
Murid perempuan tahun 6 bersama guru-guru tahun 6
Barisan guru-guru tahun 6
didalam majlis ini juga diadakan perhargaan bagi murid cemerlang dan berpotensi.. TAHNIAH !



Wednesday, August 3, 2016

"Singgah Sayang" - Bahagian 2

Selasa, 02 Ogos 2016

Lawatan singgah sayang oleh Ketua Sektor Pengurusan Akademik PPDKT, En. Azman Bin Othman sebagai tanda kecaknaan dan sokongan dengan memberikan suntikan motivasi dan kata-kata perangsang agar semua calon UPSR terus berusaha untuk mendapatkan kejayaan. InsyaAllah..







"Singgah Sayang"

Selasa, 28 Julai 2016


Lawatan singgah sayang oleh Penyelia ICT PPDKT,  En. Muhamad Pisol Bin Ahmad sebagai tanda kecaknaan dan sokongan dengan memberikan suntikan motivasi dan kata-kata perangsang agar semua calon UPSR terus berusaha untuk mendapatkan kejayaan. InsyaAllah..







Tuesday, July 26, 2016

PROGRAM MOTIVASI UNTUK CALON UPSR

Program MENYEMARAKKAN JIWA & SEMANGAT CALON UPSR telah diadakan pada 25 Julai 2016 di Makmal Komputer SKPR. Program ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran dan semangat untuk belajar kepada murid-murid sebelum menghadapi hari peperiksaan yang sebenar. Penceramah yang berkaliber didatangkan khas dari SK Sultan Sulaiman 1 iaitu En. Mohammad bin Ibrahim atau lebih dikenali sebagai "Ayah We". Rata-rata kelihatan adik-adik menghayati apa yang diperkatakan oleh Ayah We... sehingga ada yang menangis-nangis... Semoga dengan program ini.. dapat memberikan manfaat kepada adik-adik kita.. 
GOOD LUCK :) 6A PASTI BOLEH...












Pada Hari Percubaan UPSR

Baru-baru ini telah berlangsung satu Peperiksaan Percubaan UPSR bagi calon-calon UPSR. Alhamdullilah.. 19 daripada 29 orang calon telah LULUS semua matapelajaran. Teruskan perjuangan dalam masa sebulan lagi ye adik-adik.... SKPR BOLEH !!! jom kita lihat gambar-gambar sekitar peperiksaan berlangsung :)




Monday, May 23, 2016

KEM KOLABORATIF ANJURAN JAWATANKUASA UPSR SKPR DENGAN KERJASAMA DUN WAKAF MEMPELAM

Kem kolaboratif ini merupakan satu kem yang melibatkan 7 buah sekolah yang berada dalam DUN Wakaf Mempelam antaranya ialah SK Pulau Rusa, SK Wakaf mempelam, SK Durian Burung, SK Bukit Losong, SK Rengas Bekah , SK Paloh dan SK Padang Hiliran.

Tarikh : 07 MEI 2016
Tempat : Perbadanan Perpustakaan Negeri Terengganu

Kem ini diadakan bertujuan untuk menghasilkan peningkatan keputusan peperiksaan dalam semua subjek pada peperiksaan pertengahan tahun. Semua subjek UPSR akan diajar semasa program ini dijalankan.


Calon-calon UPSR 2016 gabungan 7 buah sekolah
Justeru itu, kem ini digerakkan bagi memperkukuhkan teknik dan kaedah menjawab soalan peperiksaan UPSR serta latih tubi yang berkesan bagi meningkatkan prestasi UPSR serta melestarikan sekolah agar mencapai keputusan yang lebih tinggi.

Jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Salleh bin Othman dan semua kakitangan DUN Wakaf Mempelam yang bertungkus-lumus untuk kem ini..


Friday, December 11, 2015

Di Hari Keputusan UPSR pada 17 November 2015

Alhamdulillah..seramai 8 orang murid SKPR berjaya meraih 5Adalam UPSR yang lalu. Tahniah diucapkan kepada semua.

Tahniah kepada semua di atas kejayaan anda :)

8 murid yang meraih 5A. Tahniah!




Friday, July 3, 2015

Majlis Temu Murni Tahun 6 SKPR

Majlis ini dengan jayanya telah berlangsung pada 22 Jun 2015 ( Ahad). Semua murid tahun 6, guru tahun 6 serta ibu bapa hadir berkumpul di dewan sekolah. Majlis bermula pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12 tengahari. Timbalan Pengarah JPNT, En Matsor bin Ismail hadir merasmikan majlis tersebut.
Objektif majlis ini ialah menanam keyakinan diri dan kemampuan murid boleh berjaya.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang menjayakan majlis penting ini.