Thursday, June 30, 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & AMBANG SYAWAL PERINGKAT SEKOLAH


25 Ramadan, 1437Hijrah..

Syukur Alhamdullilah, kerana kita masih lagi berkesempatan untuk sama-sama menunaikan ibadah puasa yang semakin hampir ke penghujung bulan Ramadan dan bakal meraikannya hampir seminggu lagi.

Semalam, 24 Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Ambang Syawal sejajar dengan seruan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) bagi menjayakan program #MalaysiaNgaji secara serentak seluruh Negeri Terengganu selama 1 jam bermula pada 12.00 tengahari sehingga 1.00 petang melibatkan seramai 222 orang murid dan 30 orang guru dan staf.










Bagi majlis Ambang Syawal yang diadakan pada hari ini, pihak sekolah juga mengadakan sedikit ceramah ringkas. Usai sesi ceramah selesai pihak sekolah mengagihkan duit raya kepada murid-murid.. wooww.. bestnya dapat duit raya!! dan sesi bermaafan menyusul.. 






Salam Ramadan, selamat bercuti dan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri buat semua warga SKPR dan murid-murid, berhati-hati di jalan raya semasa pulang ke kampung halaman.. Pohon kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekhilafan.. 




1 comment:

  1. TAHNIAH KPD SEMUA WARGA SKPR DLM MELAKSANAKN AKTIVITI WALAU GB TAK ADA AKTIVITI BERJALAN MENGIKUT TAKWIM.SEPAKAT MEMBAWA BERKAT TERIMA KASIH KPD BLOGGER KERANA SELALU UPDATE BERITA TERKINI. TAHNIAH

    ReplyDelete