Showing posts with label Khatam Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Khatam Al-Quran. Show all posts

Thursday, June 30, 2016

MAJLIS KHATAM AL-QURAN & AMBANG SYAWAL PERINGKAT SEKOLAH


25 Ramadan, 1437Hijrah..

Syukur Alhamdullilah, kerana kita masih lagi berkesempatan untuk sama-sama menunaikan ibadah puasa yang semakin hampir ke penghujung bulan Ramadan dan bakal meraikannya hampir seminggu lagi.

Semalam, 24 Ramadan, Panitia Pendidikan Islam telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran dan Ambang Syawal sejajar dengan seruan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) dan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu (PPAT) bagi menjayakan program #MalaysiaNgaji secara serentak seluruh Negeri Terengganu selama 1 jam bermula pada 12.00 tengahari sehingga 1.00 petang melibatkan seramai 222 orang murid dan 30 orang guru dan staf.



Monday, July 20, 2015

Majlis Khatam Al-Quran iaitu penutup Program Ihya' Ramadhan

Alhamdulillah selesai sudah program yang dianjurkan oleh Panitia Agama Islam. Sekolah kami telah mengadakan Majlis Khatam Al-Quran pada 14 Julai, hari Selasa iaitu sebelum cuti raya bermula. Majlis ini sebagai khatam 30 juzuk Al Quran dari program tadarus yang telah bermula sejak awal Ramadhan. Seramai 61 murid telah menyertai program tadarus ini. Selain penyampaian cenderahati kepada peserta program ini, majlis ini juga meraikan anak-anak yatim dan miskin selain sumbangan duit raya kepada semua murid. Jom kita layam gambar2 sepanjang majlis ini.


acara menyiapkan pulut kuning dan bunga telur

Majlis bermula dengan ceramah ringkas dari Ustaz Haris. Beliau menerangkan tentang apa itu khatam al-Quran dan bagaimana perjalanan majlis.



cenderahati sumbangan Desa Murni. Terima kasih

61 bunga telur untuk peserta
Duit raya untuk peserta khatam al Quran RM50 seorang, sumbangan dari salah seorang bapa murid. Alhamdulillah. Semoga murah rezeki beliau.





Ustaz Ishak memimpin khatam Al-Quran

Penyampaian cenderahati kepada peserta khatam al-Quran

Peserta Khatam al-Quran bersama cenderahati yang diperolehi
Yeayyy..kami dapat duit raya jugak