Saturday, January 7, 2017

Hari Pendaftaran Sesi Persekolahan 2017

Alhamdulillah pada 29 Disember 2016 yang lalu, telah berlangsungnya pendaftaran murid tahun 1 hingga 6 di SKPR untuk sesi persekolahan 2017.
Bagi tahun 1 pendaftaran diadakan di kelas. Ibu bapa datang seawal pukul 9 pagi hingga 12 tengahari. Bagi tahun 2 hingga 6 pula, ibu bapa memenuhi ruang legar dewan sekolah untuk pendaftaran.
 Di hari pendaftaran ibu bapa hanya perlu membeli buku latihan dan beberapa peralatan sekolah seperti tali leher dan lencana sekolah. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar walaupun cuaca agak mendung.








Alhamdulillah. Urusan kami dipermudahkan. Nampaknya murid-murid dan guru sudah tidak sabar untuk menunggu hari pertama persekolahan. Inshaa Allah.

No comments:

Post a Comment