Pada 16 Mei setiap tahun, guru-guru akan meraikannya dan di raikan oleh semua anak murid. Tema ini sekali lagi dipilih bagi tahun 2017 Guru : Pembina Negara Bangsa dan tema ini telah diguna pakai pada tahun 2009, 2010, 2016 dan 2017.
SKPR menyambut Hari Guru 2017 dengan keadaan dan suasana yang sangat meriah dan guru-guru terlibat sangat "sporting" dengan sukaneka dan macam-macam acara. Sebelum kita layan gambar pada hari tersebut, jom kita tengok huraian tema hari guru tahun 2017.
Huraian Tema Hari Guru 2017
Tema - Guru : Pembina Negara Bangsa
Definisi
Definisi
Guru: Pengajar, pendidik atau pembimbing yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara. Guru merupakan insan yang berpengetahuan luas, berkemahiran tinggi dalam bidangnya dan mempunyai keperibadian terpuji serta berupaya menjadikan diri mereka sebagai suri teladan.
Pembina: Individu yang membangun, membina, mendirikan dan membentuk sesuatu untuk mencapai matlamat yang dihasratkan.
Dalam konteks pendidikan, guru berperanan sebagai individu yang membina dan membentuk kualiti individu murid/pelajar dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek (kognitif) bagi memenuhi aspirasi penididikan.
Negara Bangsa: Kumpulan manusia dalam satu ijatan ketatanegaraan yang mapan.
Negara Bangsa dalam konteks ini bermatlamat untuk memastikan setiap pelajar memiliki jati diri yang kukuh, patriotik, berpegang teguh kepada ajaran agama dan nilai moral, hidup sebagai sebuah masyarakat yang penyayang, demokratik, liberal, bertolak ansur, berfikiran dan berbudaya saintifik serta bersatu padu.
No comments:
Post a Comment