Thursday, May 4, 2017

KEJOHANAN CATUR PERINGKAT DAERAH KUALA TERENGGANU

Assalammualaikum..

Salam sejahtera untuk semua pengunjung blog SKPR, setiap hari anak didik di SKPR sentiasa sibuk dengan sesi pembelajaran di sekolah  dan aktiviti pertandingan yang di anjurkan oleh PPD dan JPNT. Alhamdulillah, SKPR tidak berkecuali untuk turut serta dalam pertandingan catur di peringkat daerah Kuala Terengganu yang di anjurkan oleh PPDKT. Pertandingan ini diadakan pada 2 dan 3 Mei 2017 bertempat di SK Sultan Sulaiman 2.

SK Pulau Rusa menghantar 4 calon, 2 Lelaki dan 2 Perempuan. Murid Lelaki ( M.Alif Zikry b Shamsudin ranking ke 12/66 dan M.Syahir b Sudirman ranking ke 47/66) manakala murid Perempuan (Amirah bt Zuraini ranking ke 15/58 dan Nur Alisa Sabrina bt Abd Manaf ranking ke 18/58). Sekolah mengucapkan TAHNIAH kepada murid yang menyertai pertandingan catur ini dan berjaya walaupun dengan latihan yang sekejap. TAHNIAH dan TERIMA KASIH.







No comments:

Post a Comment