Showing posts with label Guru Besar. Show all posts
Showing posts with label Guru Besar. Show all posts

Monday, July 18, 2016

GB Pn Husni Yusof : Sehari Perjalanan ke IJN dari Kuala Terengganu

Satu Perjalanan yang agak sukar disebabkan pergerakan yang terhad tetapi terpaksa dihadapi juga. Alhamdulillah GB selamat pergi ke IJN untuk mendapatkan rawatan susulan dan kembali ke Terengganu.

 Tanggal 13 Julai 2017, berangkat ke IJN di Lapangan Terbang Sultan Mahmud.


di Airport Sultan Mahmud 13 Julai 2017

Saturday, July 9, 2016

Sederhana Tetapi Tetap Meriah : Sambutan Hari Raya GB kami, Pn Husni Yusof

Alhamdulillah...masih diberi kesempatan lagi kita untuk menyambut kemuncak ibadat puasa iaitu Hari Raya Aidilfitri. Ingin saya upload kan di sini kenangan-kenangan terindah GB Pn Husni menyambut hari lebaran bersama keluarga tersayang di Homestay Assalam, Tok Jiring. Walaupun bukan di rumah sendiri, sambutannya sederhana tetapi tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai yang tak putus-putus datang menziarah.

Pertama sekali syabas diucapkan kepada GB dengan semangat yang kental tetap datang merebut peluang menunaikan solat sunat Idul Fitri di Masjid Wakaf Tembesu. Terima kasih Tuhan katanya.

Mesej dari GB, Pn Husni ;

"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua insan yang mengenali diri ini.Sokongan kalian yang memberikan semangat kepada saya untuk melangkah tangga masjid walaupun dalam keuzuran. Terima kasih semua, terima kasih ya Tuhan ".

Alhamdulillah. Besarnya nikmat yang Allah beri :)


Alhamdulillah, diberi kesempatan mendengar khutbah Hari Raya.

Sempat bertemu dengan sahabat handar di masjid

OK..dah cantik di pagi raya :)

Menjamu selera bersama anak-anak dan suami

suami penyayang yang merupakan tulang belakang GB

Kunjungan sepupu GB di pagi raya

Cikgu Nora dan suami datang ziarah di pagi raya

sedondon satu family

anak- anak GB yang sentiasa ceria


Salam lebaran semua. Sama-sama kita doakan agar Gb  Pn Husni cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan rawatan beliau. Ameen.

Friday, July 1, 2016

DIARI KEHIDUPAN GURU BESAR KAMI.. SEMOGA CEPAT SEMBUH

Assalamualaikum wbt..

Dalam kegembiraan menyambut bulan Ramadan yang berkunjung tiba baru-baru ni.. kami warga SKPR dikejutkan dengan satu berita iaitu Guru Besar kami, Pn. Husni bt Yusof telah menghidap penyakit mildstroke atau lebih dikenal sebagai angin ahmar ringan. Namun begitu, disebabkan tindakan pantas suami serta anak-anak membawa beliau ke hospital, doktor mengesahkan beliau mempunyai peluang yang cerah untuk kembali pulih dan berjalan seperti sediakala.
  

Kini beliau masih lagi dalam rawatan Fisioterapi, beliau juga telah banyak mencuba dan mengamalkan perubatan tradisional dan juga moden untuk memulihkan kembali kesihatannya. Semangat juga beliau semakin membara untuk kembali sihat dengan kehadiran keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan taulan beliau. 

Friday, July 3, 2015

Lawatan GB dan Bebarapa Orang Guru ke Rumah Murid Miskin ( 16 Jun dan 21 Jun 2015 )

Guru Besar ditemani oleh PAR sekolah, Mariati dan beberapa orang guru ke rumah beberapa murid SKPR yang hidupnya serba kekurangan dan perlu dibantu. Terima kasih GB. Semoga mendaat keberkatan dan dimurahkan rezeki kita semua untuk terus membantu pada yang memerlukan.

rempit sikit..hehe


GB bersama PAR sekolah, Mariati naik motor je masuk kampung untuk ke rumah murid

GB menyampaikan sumbangan beiau untuk ibu murid, Alhamdulillah











simpati...Seorang ayah murid hilang kudrat untuk bekerja selepas ditimpa satu kemalangan
Semoga sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban keluarga ini. Ameen.