Friday, July 1, 2016

DIARI KEHIDUPAN GURU BESAR KAMI.. SEMOGA CEPAT SEMBUH

Assalamualaikum wbt..

Dalam kegembiraan menyambut bulan Ramadan yang berkunjung tiba baru-baru ni.. kami warga SKPR dikejutkan dengan satu berita iaitu Guru Besar kami, Pn. Husni bt Yusof telah menghidap penyakit mildstroke atau lebih dikenal sebagai angin ahmar ringan. Namun begitu, disebabkan tindakan pantas suami serta anak-anak membawa beliau ke hospital, doktor mengesahkan beliau mempunyai peluang yang cerah untuk kembali pulih dan berjalan seperti sediakala.
  

Kini beliau masih lagi dalam rawatan Fisioterapi, beliau juga telah banyak mencuba dan mengamalkan perubatan tradisional dan juga moden untuk memulihkan kembali kesihatannya. Semangat juga beliau semakin membara untuk kembali sihat dengan kehadiran keluarga, sanak-saudara, rakan-rakan taulan beliau. 


Mesej dari Puan Husni :-

" Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada mereka yang datang melawat, yang memberi semangat dan kata-kata motivasi kepada saya untuk terus kuat. Terima kasih kepada MB Terengganu, Datuk Mohd Sabri Alwi, Tn Haji Salleh Othman, MGB Kuala Terengganu, MGB Kuala Nerus, rakan-rakan maktab, MPPP Guru-guru Besar, Alumni SIF, warga SKPR, YDP, NYDP, Ajk PIBG SKPR, tak lupa juga buat Tn Shafruddin (Pengarah JPNT) dan Tn Haji Jelani (PPD) serta saudara-mara dan rakan-rakan yang lain. "

Kedatangan Menteri Besar Terengganu, Cikgu Razif dan Cikgu Halina
menyumbangkan kerusi roda kepada beliau 

bersama Pn Norazura (PKP) & Pn Zaimah (PKHEM) dari SKPR
menyerahkan sumbangan tongkat daripada Pusat Khidmat Masyarakat
Dun Wakaf Mempelam.. Terima kasih Tn Haji Salleh..


Wakil Datuk Mohd Sabri Alwi juga hadir memberi sokongan 




Kami warga SKPR berharap dan sentiasa mendoakan agar Puan Husni cepat sembuh dan dan sihat seperti sebelumnya.. aminn..

5 comments:

  1. in shaa Allah... kami sayangkan GB kami... smg cepat pulih dan diberi kesihatan semula..smg Allah permudahkan segala urusan GB kita..Amin.

    ReplyDelete
  2. in shaa Allah... kami sayangkan GB kami... smg cepat pulih dan diberi kesihatan semula..smg Allah permudahkan segala urusan GB kita..Amin.

    ReplyDelete
  3. terima kasih...Day 15 cg dah boleh bertatih pakai tongkat...doa kalian Tuhan mkbul
    selamat hari raya...maaf zahir batin...gb husni

    ReplyDelete
  4. Terima kasih.....
    Hari ini...15 julai...ch boleh masuk bilik air sendiri...alhamdullilah...ada daya utk bergerak lebih byk ...terima kasih ya Allah

    ReplyDelete
  5. Terima kasih.....
    Hari ini...15 julai...ch boleh masuk bilik air sendiri...alhamdullilah...ada daya utk bergerak lebih byk ...terima kasih ya Allah

    ReplyDelete