Sunday, January 31, 2016

Gotong Royong Banteras Aedes Peringkat Komuniti Pulau Rusa

Alhamdulillah semalam hari Sabtu 30 Januari 2016, program gotong royong peringkat komuniti yang melibatkan guru, PIBG dam komuniti setempat telah berjalan dengan jayanya. Program ini bermula seawal 8.30 pagi yang melibatkan lebih kurang 100 orang. Semoga dengan berjalannya program ini kita semua dilindungi dari wabak penyakit Denggi yang sedang merebak di negeri ini.
Semua peralatan gotong royong seperti plastik sampah dan sarung tangan disediakan. Minumandan makanan juga disediakan untuk yang terlibat. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak ianya dapat mengeratkan hubungan guru-guru dan komuniti Pulau Rusa. Jom kita tinjau scene yang sempat dirakamkan sepanjang program ini berjalan.

pakai glove dulu




okey, kami dah ready



barisan guru




jentolak pun terlibat sama







eratkan silaturrahim
Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang menggembleng tenaga membersihkan sekitar kampung Pulau Rusa. Semojga mendapat keberkatan dariNya.

Gotong-royong Basmi Aedes Peringkat Sekolah

Alhamdulillah, sekolah kami telah pun mengadakan gotong-royong seperti yang diarahkan oleh pihak PPDKT. Gotong-royong basmi aedes peringkat sekolah ini telah diadakan pada hari Khamis 28 Januari 2016 pada pukul 8 hingga 9 pagi. Ianya melibatkan guru, pekerja dan semua murid. Kerja-kerja pembersihan sampah dilakukan di segenap kawasan sekolah. Jom kita tinjau peristimwa pada hari tersebut.










Terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat terutama murid-murid yang menunjukkan semangat kerjasama yang baik :)

Sunday, January 10, 2016

Program Transisi Tahun 1 ( 3-14 Januari 2016)

Assalamualaikum semua pengunjung blog sekolah kami. Kami ingin berkongsi sedikit sebanyak aktiviti yang telah dan sedang dijalankan dalam program Transisi yang berlangsung selama dua minggu ini. Diharap semua murid baru mendapat 1001 manfaat dan kebaikan daripada aktiviti yang dijalankan. Jom kita imbas.

menyambung titik dan mewarna


menggosok gigi dengan bimbingan guru. Ramai yang takut pedas sebab cikgu bagi ubat gigi orang dewasa. hehe



senamrobik



aktiviti gunting dan tampal



sukaneka


latihan merentas desa


penyampaian hadiah di hari penutup transisi


Solat hajat Awal Tahun

Alhamdulillah selesai sudah program yang dirancang pada hari ini Ahad 10 Januari 2016 iaitu Solat Hajat beramai-ramai. Seperti tahun-tahun yang sudah SKPR mengadakan solat sunat Hajat sempena awal tahun. Kebiasaannya kami adakan di surau  sekolah tetapi tahun ini kami adakan sedikit perubahan iaitu solat secara beramai-ramai di dewan sekolah. Pihak sekolah mewajibkan murid tahap 2 menyertainya dan menggalakkan murid tahap 1 untuk turut serta.
Majlis dimulakan dengan Solat sunat Dhuha, Solat Hajat, doa, bacaan yassin dan berselawat serta zikir. Alhamdulillah semoga majlis ini mendapat keberkatanNya. Ameen.






Sunday, January 3, 2016

Hari Pertama Kami di SKPR


 Hari yang ditunggu-tunggu sudah tiba, 3 Januari 2016 merupakan hari pertama persekolahan sesi 2016 bagi negeri-negeri pantai timur.
Beberapa orang guru yang bertugas tiba awal di sekolah untuk menyambut kedatangan murid. Ini adalah di bawah program Guru Penyayang. Hari ini juga bermula program Transisi untuk murid Tahun 1 selama dua minggu iaitu sehingga 14 Januari 2016.
Jom kita tinjau-tinjau beberapa aktiviti yang berlangsung di hari pertama ini.







murid pertama makan RMT

guru bertugas RMT

Perhimpunan pertama sesi 2016 berjalan dengan lancar

murid ceria dengan semangat baru


SURPRISE..reward untuk murid paling awal datang ke sekolah

ucapan dari guru besar, Pn Husni
 Sejurus selepas perhimpunan mingguan, para ibu bapa murid tahun 1 diminta bergerak ke dewan untuk taklimat Program Transisi.



murid tahun 1 dan ibu bapa berkumpul di dewan untuk taklimat selama 30 minit
 
taklimat dari guru besar

penerangan tentang program Transisi oleh PKP, Cikgu Norazura

Dengan adanya taklimat ini, ibu bapa akan lebih faham tentang tujuan dan objektif program diadakan. Pihak penyelaras Transisi telah merancang pelbagai aktiviti yang pastinya menarik minat anak-anak dan mendatangkan manfaat kepada mereka.



waktu rehat murid tahun 1, guru-guru membantu melayan murid membeli makanan di kantin




melawat pejabat dan bilik guru besar



Melawat bilik guru
Itulah antara babak-babak menarik yang berlaku pada hari pertama persekolahan. In shaa Allah akan di update di lain hari tentang aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program Transisi. In shaa Allah kami lakukan yang terbaik murid di sini.