Alhamdulillah...masih diberi kesempatan lagi kita untuk menyambut kemuncak ibadat puasa iaitu Hari Raya Aidilfitri. Ingin saya upload kan di sini kenangan-kenangan terindah GB Pn Husni menyambut hari lebaran bersama keluarga tersayang di Homestay Assalam, Tok Jiring. Walaupun bukan di rumah sendiri, sambutannya sederhana tetapi tetap meriah dengan kehadiran ahli keluarga dan sahabat handai yang tak putus-putus datang menziarah.
Pertama sekali syabas diucapkan kepada GB dengan semangat yang kental tetap datang merebut peluang menunaikan solat sunat Idul Fitri di Masjid Wakaf Tembesu. Terima kasih Tuhan katanya.
Mesej dari GB, Pn Husni ;
"Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada semua insan yang mengenali diri ini.Sokongan kalian yang memberikan semangat kepada saya untuk melangkah tangga masjid walaupun dalam keuzuran. Terima kasih semua, terima kasih ya Tuhan ".
Alhamdulillah. Besarnya nikmat yang Allah beri :)
|
Alhamdulillah, diberi kesempatan mendengar khutbah Hari Raya. |
|
Sempat bertemu dengan sahabat handar di masjid |
|
OK..dah cantik di pagi raya :) |
|
Menjamu selera bersama anak-anak dan suami |
|
suami penyayang yang merupakan tulang belakang GB |
|
Kunjungan sepupu GB di pagi raya |
|
Cikgu Nora dan suami datang ziarah di pagi raya |
|
sedondon satu family |
|
anak- anak GB yang sentiasa ceria |
Salam lebaran semua. Sama-sama kita doakan agar Gb Pn Husni cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan rawatan beliau. Ameen.